fuhh...lepak sesangat raya kali nie...petang ramdhan terakhir,da sibuk masak lauk untuk raya...tradisi orang johor macam biasalah..ketupat,sambal kacang,sayur lodeh dan lauk ayam...siapkan semua malam raya,so pagi raya tu da tak sibuk sangat...ada can nak melaram...(^^)
tradisi raya kami sekeluarga ialah saling bertukar juadah raya dengan jiran-jiran dan saudara terdekat..jadi kami dapat rasa pelbagai jenis lauk..walau lauk yang sama namun resipi berbeza..
pagi raya pula sesi bersalaman dan bermaafan...tak lupa sesi mengutip duit raya..tahun nie aku dapat lebih kurang rm 50...tahun nie last dapat duit raya sebab tahun depan da kerja...(T T)..pagi raya kali nie cuma 3 famili je yang ada kat rumah...adik beradik ayah yang lain belum sampai lagi...rumah kami memang rumah tumpuan sebab nyai duduk dengan kami...
kalau siang di rumah aku,malam pulak beraya rumah makcik no.2...rumah dia tak jauh sangat...raya kedua wajib makan tengahari kat rumah adik ayah yang ke-5...memang semua ni da jadi tradisi famili kitorang dari dulu lagi...tapi dulu2 ada jugak skip sebab balik kampung sebelah mak kat kota...
emm..untuk tahun nie ada kelainan sikit...hari raya ketiga,ada makan2 kat rumah aku yang dianjurkan oleh wak cah...dan setelah sekian lama baru dapat kumpulkan kelapan-lapan adik beradik ayah...
so korang boleh bayangkan berapa ramai manusia yang ada kat rumah aku waktu tu...ye lah rumah pun tak besar mana..lebih kurang 100 orang dari pangkat buyut hingga cicit...haaa buyut tu = moyang k...
raya kali nie aku kurang beraya ke rumah orang...takde mood sangat nak beraya..ada mood nak bergambar jek...seperti biasa takde kawan2 yang datang rumah aku...mak pun dari dulu cakap aku macam takde kawan...tiap2 tahun aku yang akan serve untuk kawan2 adik..tapi kawan2 sendiri???
nak letak gambar pun x boleh..gambar semua kat lappy akak aku..x transfer lagi ke mr dell nie...nanti2 r letak gambar...
raya nie happy sebab ramai cakap aku da agak kurus...hehehehe (^^)v
1 ulasan:
happy raya!!
maaf zahir n batin
Catat Ulasan