Jumaat, Julai 30, 2010

reunion smksm batch 2002

sekeping gambar mampu menafsirkan seribu perkataan...erk,betul ke terjemahan tu...


sebenarnya ini gathering untuk pelajar spm tahun 2002 smksm...dan aku dengan tidak malunya join mereka...hahahaha..peduli apa..aku kan alumni smksm jugak..cuma tak belajar tinggi..sampai srp je....hehehehe...

reunion nie memang gempak walaupun cuma 15 orang je yang join...kredit tu cik pepatung kristal yang telah berjaya untuk mengumpulkan manusia2 ini...dengan gunung ledang sebagai saksi pertemuan kami(ececeh gila bunga punya ayat)...ada yang da 10 tahun aku tak jumpa...ada yang baru pulang dari seberang laut...ada yang sibuk menguruskan hidup....

sebenarnya manusia2 ini besar ertinya dalam hidup aku...sebagai seorang manusia yang membesar di sebuah kampung dan belajar di sekolah yang populasi muridnya lebih kurang 500 orang murid,maka kami amat kenal antara satu sama lain...tambahan pula bagi mereka yang satu sekolah dari tadika kemas...

pasti cikgu2 kita bangga kalau tahu anak2 murid mereka sekarang da jadi 'orang'....balik dari reunion nie aku terfikir bahawa setiap dari kita melengkapi hidup yang lain...pekerjaan setiap rakan berbeza dan ia menjadikan kami unik...ada tuan doktor...ada cik misi...bapak polisi...ahli bio...jurutera yang turut menjual insurans...abang burger yang jambu...pn jpj yang bermuatan berat...cikgu sivik...cik banker...da da cukup2 taip tu..penat aku nak recall stiap sorg nie keje apa....

dan paling best peristiwa dikejar peminat misteri di tanjung emas yang meyangkakan cik pepatung adalah artis....owh..anda pasti bangga kan cik pepatung??hehehehe......

da malas nak tulis..nak upload gmbar pun malas...sekeping gambar kena tunggu sampai 5 minit....my bb mood tak elok kerana hujan sejak pagi..... ;(

tentang kita...


memuaskan hati semua orang adalah satu pekerjaan yang amat sukar...selera setiap manusia itu pastinya berbeza antara satu dengan yang lain..justeru,jika aku tidak dapat memuaskan hati kamu semua,aku minta maaf...mungkin kalian tidak akan terbaca blog ini,namun aku masih mahu meluahkan kata maaf di sini...aku sudah berusaha sehabis baik untuk memuaskan kehendak dan kemahuan kalian..

setelah tolak menolak tiada penentuan siapa yang mahu memikul tanggungjawab,aku menawarkan diri untuk melakukannya..namun kenapa usaha aku itu dipertikai..kamu tidak mahu buat,diam sahaja...terasa kecil di hati,seperti usaha aku tidak dihargai...

aku mahu berhenti..aku rasa semua ini buang masa..lebih baik aku tumpukan masa untuk pelajaran aku dari buang masa buat benda yang tidak akan dihargai..aku tahu aku bukan yang terbaik,namun aku telah berusaha untuk memberi yang terbaik...perspektif individu yang berbeza buat aku letih untuk meneruskan semua ini...

maaf...

Ahad, Julai 18, 2010

Haram pakai jersi lambang salib

Haram pakai jersi lambang salib


NOOH GADOT


KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.


*artikel kosmo 18julai 2010.....

Jumaat, Julai 16, 2010

benci bilang cinta

kalau entry sebelum nie cerita tentang benda yang aku suka tapi menyesal, entry kali nie nak cerita tentang benda yang aku tak suka buat,tapi terpaksa buat.....


1)tak suka basuh baju guna tangan(rumah sewa aku takde mesin basuh)..tapi nak hantar dobi terasa sayang nak keluarkan duit..satu beg dobi charge rm4..dengan duit sebanyak tu,da boleh makan 3 jenis lauk kat warung pojok parit daun...*nk wasing machine hello kitty tu boleh tak..kawaii....



2)tak suka dengan kerusi yang aku guna sekarang nie kat meja belajar nie...kerusi nie terlalu rendah untuk meja belajar aku yang agak tinggi..baru duduk dua tiga jam,da saket leher...perasaan nie boleh diumpamakan menonton wayang di barisan hadapan....



3)tak suka dengan keadaan beranda rumah sewa aku nie...cuba bayangkan anda keluar rumah dan disambut oleh 10 ekor kucing..bukan sekadar itu sahaja,bau kencing kucing juga sisa makanan yang ditinggalkan serta corak yang terhasil pada skuter dan kereta kawan anda...bukan aku tak suka kucing tapi kalau nak bela tu,belalah elok-elok....oh ya, bukan kucing je,ayam juga...



4)benci dengan housemate yang suka sidai baju didalam rumah dengan mengalaskan surat khabar di bawah ampaian di ruang tamu rumah....yes,di ruang tamu rumah....nak ditegur da tua..bukan,bukan kau yam....orang laen....tapi sumpah,aku rimas...kalau nak buat kat bilik sendiri takpe...nie tempat gunasama....haish (-_-")


dah cukup dulu,nak g sidai baju...anak dara apa la nie..da pukul 1 baru nk sidai baju.....shhhhhh...jangan beritau orang laen k.....(^^)v

bagaimana terciptanya pelampung keselamatan berwarna oranje?

soalan 1

sediakan satu esei bagaimana terciptanya pelampung keselamatan berwarna oranje?panjang esei anda haruslah melebihi 200 patah perkataan. (20m)


jawapan


satu hari luncai naik sampan untuk ke seberang sungai...
tujuan luncai ke seberang adalah untuk menjual labu...
sampai di pertengahan,tiba-tiba luncai terjun...


luncai terjun sambil peluk labu...
orang ramai terpinga-pinga...
ada yang tersenum sinis,ada yang tertawa kecil,
ada yang gelak berdekah...



kenapa luncai terjun?

rupa-rupanya.....

perahu bocor..
perahu hampir karam..
tapi tiada yang perasan.
kerana sibuk ambil tahu tepi kain orang.
kerana alpa bergosip murahan.

kenapa terjun peluk labu?

untuk dijadikan pelampung.
kerana labu luncai sangatlah besar.

maka, selamatlah luncai dari kelemasan.



dan kerana itulah pelampung keselamatan biasanya warna oranje
kerana menghargai jasa luncai dan labunya sebagai pencetus idea


moral::jangan hukum manusia tanpa lihat apa yang terjadi di sebaliknya.

Rabu, Julai 14, 2010

pungguk si angkasawan



aku dah penat merindukan bulan...
aku mahu jadi angkasawan...
agar bulan dapat ku tawan.....

Selasa, Julai 13, 2010

baru dan juga yang terakhir..


semester baru da start...dan ia juga mungkin semester terakhir aku disini...dan aku akan pastikan ini yang terakhir..da x sabar nk keje...its a lovehate situation being a student....sighhh...keputusan sem lepas adalah yg terbaik buat masa nie...n aku harap sem nie lebih baik lagi...aminn....

Rabu, Julai 07, 2010

aku suka, tapi.....

 pernah x rasa korang suka sangat satu2 benda tu,tp lepas dpt,rasa cam mnyesal.....rasa sia2 jek....kat sini aku senaraikan bberapa contoh yang aku suka,tp lepas tu??....

1) aku memang ketagih maen sudoku....pantang nmpk sudoku mesti nak selesaikan...tapi tahap teruja tu tinggi pada sudoku yg kat suratkhabar tu jek...sebab aku ada beli 1 buku sudoku,tp x siap2 lg....


 2) aku suka makan fast food tp lepas mkn mesti mnyesal...konon2 berat bertambah....



 3) suka shoping,tp lepas tgk semua bil,mesti mengeluh....

4) aku lebih suka calling than sms...pastu tgk bil...omg....

5) sebab xde tv kat rumah sewa,so tgk tv3 on9....then bila da lebih limit,berukband itu telah dibar dan menjadikan ia tersangatlah lembab.....time tu baru rasa menyesal...nk download info utk asigment da terhad.....


hmmm...da x ingat da apa lg nk dtulis...xpe nnt2 leh sambung lg...da ngantuk da nie....


*pics kredit to mr gooooogle

Khamis, Julai 01, 2010

nikah kahwen


aku x tau sejak bila aku jd public enemy..bukan aku bencikn public,tp rasa tidak selesa yang amat bila perlu bersosial..maksud aku ,bila aku perlu ke kenduri kawen atau knduri apa2 pun r...aku x suka bila makcik2 and all the makciks tanya soalan lazim...

makciks:laa nie anak senah yg nombor brapa??x pernah nmpk pon??
aku::no 2 makcik...saya jarang ada kat kg nie....
makciks:oooo...buat apa skrg??keje kat mana??
aku::blajar lg...
makciks::laa..x abes2 lg blajanya...bila nk kawen
aku::??????

knape mesti tanya soalan tu...kang aku kawen time2 blaja nie..kata aku gatal pulak...blaja x abes,,sbuk nk kawen....

kalau aku jawab macam nie boleh tak??

makcik.....saya bukan xnak kawen...saya nk sgt kawen..kalau boleh esok jugak saya nk nikah....makcik tanggung smua blanja knduri saya boleh??saya kan blaja lagi..mana ada duet nk buat kenduri ni...kalau saya terus nikah,xde tunang2,,makcik jaja pulak 1 kampong....tu mesti ada apa2 tu..trus nk nikah jek,xde tunang2....sedangkan niat saya ikhlas nk kurangkan beban bakal suami saya tu...kesian dia,hutang kliling pinngang..ptptn,kerta,rumah,bil....saya xnak r buat kenduri besar2,pastu anak da berderet hutang x abes lg...saya berwawasan makcik...kalau saya buat kenduri pun,mesti ada je crita berbangkit lepas tu...lauk x sedaplah,nasi hangitla....bukan makcik sorg je yg risau saya x kawen2 nie..makcik2 laen pun risau jugak...apakata makcik beritahu makcik2 yg laen tu apa jawapan saya nie...lagipun makcik kan pengerusi ahli mesyuarat tingkap kan....jadi saya x perlu lagi nk jawab soalan2 ajk makcik tu....makcik je tolong jawabkan untuk pihak saya k.......

hahhaha..sure aku kena hukuman buang kampung....tp serius,kalau aku bleh jawab macam nie kat makcik2 tu,mesti puas hati gila2 punya....boleh senyum tahap gaban....


entry gila di malam hari....

nino...

!!trimas!!

...terima kasih rajin baca blog yg x seberapa nie...
...jika anda terlebih rajin sila tinggalkan komen....
...jika anda terlampau rajin sila jadi follower...

...aku yang menulis sesedap rasa...
...kalau ada tersalah silap...
...sila beri tunjuk ajar ...
...komen yang membina amat dialu2kan...
...kerana aku masih merangkak di dalam dunia blog ini...
...ikhlas...
...aNie...beckz...xii xii...